Quantcast
Channel: Island Travel – Faizal Fredley
Viewing all 26 articles
Browse latest View live

Pakej Percutian Ke Pulau Redang, Terengganu

$
0
0

Screen Shot 2013-08-19 at 6.27.03 PM

(Pakej di The Taaras Spa Resort, Telan air liur jer tengok)

Mencari Pakej Percutian ke Pulau Redang? Patikan anda membuat pilihan terbaik untuk percutian anda bagi memastikan percutian anda tidak mengalami sebarang masalah.

Alhamdulillah dapat cuti lagi 5 hari. Bagi mengelakkan kebosanan berada di rumah teringin pulak hati ini untuk merehatkan minda dan badan di pulau-pulau di Malaysia.

Kali ini aku memilih untuk ke Pulau Redang di sebabkan Pulau Redang merupakan antara pulau terbaik di semenanjung selepas Pulau Perhentian. Hajat nak ke Pulau redang memang telah disimpan sejak sekian lama lagi namun disebabkan kekangan masa dan bajet rancangan murni ini terpaksa aku tangguhkan.

ramai orang tanya kenapa tak ke Pulau Perhentian jer?

Jawapan aku senang jer sebab tahun lepas aku dah pergi ke sana, so tahun ni aku akan ke pulau redang.

Screen Shot 2013-08-19 at 6.30.04 PM

Invoice untuk Pakej di Redang Bay Resort

Tetapi sayangnya aku buat tempahan terlalu lewat, hari esok nak pergi hari ni baru mula google Pakej Percutian ke Pulau Redang. Memang suka sangat aku buat palnning last minutes  nih.

Disebabkan racangan aku yang agak lambat ni pilihan untuk resort memang cukup terhad disebabkan lambat membuat tempahan dan musim yang agak peak untuk ke pulau, semuanya dah penuh.

Niat di hati teringin menginap di Coral Redang Resort, Sari Pacifica Resort & Spa, Redang Holiday Villa, Redang Beach Resort, The Taaras Spa Resort, dan The Laguna Resort. Namun dukacita sekali apabila tempat di atas semua nya penuh.

Jadi terpaksa lah aku menginap di Redang Bay Resort.

Apapun nasib baik ada satu jer lagi pakej di Redang Bay resort. Kalau tak ada memang kenatukar plan lah maybe ke Pulau Tioman kot.


Bajet Percutian Ke Pulau Redang 3 Hari 2 Malam

$
0
0

1234221_10200679171925641_1134322387_n

Alhamdulillah selamat sampai ke Putrajaya dari Pulau Redang Terengganu. dengan ini tamatlah sudah percutiaan 3 hari 2 malam aku di pulau redang. apa yang aku boleh katakan best.

Nak kata sangat best tu tak leh jugak sebab percutian ni aku rancang last minit jadi banyak perkara yang dirancang tak menjadi terutama dari segi pemilihan resort di sana yang bagi aku tak berapa puas hati.

Di sebabkan booking last minit aku terpaksa ambil Redang Bay Resot yang boleh dikatakan agak bajet walaupun harga tak nampak bajet sangat. Lain-lain semua best cuma part resort tu jer bagi aku cukup tak memuaskan.

Hajat di hati nak menginap di Laguna Resort tapi semua penuh termasuklah Coral Island Resort, Redang Beach resort, Reet Resort dan Lagoon Resort.

Untun post kali ini aku nak mention bajet aku sepanjang aku berada di Pulau Redang…

Pakej Snorkeling di Redang Bay Resort termasuk penginapan, dan makan utk 3h2m – RM496 per person

Sewa Bola Tampar – RM50 (Deposit -  boleh ambil balik lepas hantar bola)

Sewa Underwater Camera – RM50 (150 Shoot)

Sewa peralatan Snorkeling – RM30

Supper di Redang Beach Resort untuk malam pertama – RM16

Supper di Laguna untuk malam kedua – RM49

Bagi aku Percutian ni tak boleh nak kata bajet sangar sebab memang terlebih bajet…hehe.. Berbeza dengan di Pulau Perhentian tahun lepas peralatan snorkeling berada di dalam pakej termasuk supper.

Dan paling tak best aku terlepas kedua-dua Lunch kat resort..heheh

Pulau Redang Terengganu

$
0
0

Pulau Redang Terengganu, Salah satu gambar yang mengimbau kenangan lalu semasa percutian 3 hari 2 malam di Pulau redang bulan lepas.

Memang satu kenangan yang tak akan dapat di lupakan… namun segalanya bagaikan…..

Tempat Menarik Di Pulau Pinang

$
0
0

993536_10201381940174408_1190921464_n

Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang merupakan salah satu tempat tarikan pelancong bagi Pulau Pinang selain Bukit Bendera dan Batu Ferringhi. Bagi Tempat Makan yang Menarik dan popular di Pulau Pinang pula korang boleh cuba Nasi kandar Line Clear yang terletak di bandar Georgetown berhampiran dengan Cititel Hotel. Memang betul-betul puas hati.

Selain tu tempat makan yang terbaik di Pulau Pinang korang juga boleh makan di Persiaran Gurney.

Minggu lepas bagi mengisi hujung minggu aku ke Pulau Pinang bersama kawan-kawan. Saja nak keluarkan peluh dengan lakukan aksi jungle Tracking kat Taman Negara Pulau Pinang. Sambil tu boleh test stamina diri sendiri.

Antara tempat menarik yang lain di Pulau Pinang:

Taman Rempah Tropika

Taman Herba Tropika yang terletak berhadapan Selat Melaka ini adalah sebuah taman eko-pelancongan yang mensasarkan golongan asing yang ingin tahu mengenai rempah ratus dari Asia.

Kediaman lebih 500 spesis flora tropika, taman yang redup dan dihiasi kolam serta pohon besar ini sebenarnya adalah bekas ladang getah terbiar. Usaha mengubahnya menjadi taman rempah mengambil masa lebih 1 tahun.

Bukit Bendera

Bukit Bendera ialah tempat paling popular di Penang di kalangan pelancong asing dan tempatan. Jika Kuala Lumpur ada KLCC sebagai ikon, Penang mempunyai Bukit Bendera sebagai tempat wajib tuju.

Bukit yang diteroka oleh *Francis Light sebagai tempat menanam strawberry dan sebagai tempat penjajah British melarikan diri dari kepanasan Penang ini bakal memberikan anda panorama Georgetown dalam iklim sejuk bukit.

Dengan suhu kira-kira 21 darjah Celcius, duduk minum kopi atau makan kacang putih di atas bukit sambil melihat kawasan bandar dan laut Penang memang melekakan.

Fort Cornwallis

Di antara tinggalan tertua dan paling bersejarah di sini ialah Fort Cornwallis — tempat Francis Light, menjejakkan kakinya di pulau ini. Setelah mendarat, beliau mengarahkan agar sebuah pelabuhan merangkap kubu kecil dibina dari pohon nibong. Setelah beberapa lama, ia akhirnya diganti kepada batuan seperti sekarang ini.

Jalan Seni

Jika anda peminat fotografi, mural dan seni lukis, anda pasti sudah tahu tentang Street Art Penang — satu kumpulan lukisan dinding dan arca yang di lukis dan di pasang di sekitar bandar George

Taman Tema Escape

Dibuka pada pertengahan 2013, taman tema dengan 17 tarikan ini membolehkan anda kembali ke zaman kanak-kanak dengan aktiviti memanjat pokok, meneroka terowong, berlumba menggunakan tiub serta “terbang” di udara dengan tarikan bernama Atan’s Leap.

Anda datang dengan anak kecil? Tiada masalah. Anak-anak yang tidak lagi boleh memanjat boleh bermain di dalam bilik bermain si kecil yang berwarna-warni.

993828_10201382705513541_2061809694_n

Baru sampai separuh jalan about 1.2k to go..

1011671_10201382777075330_584858627_n

sampai jer kat monkey beach kami sempat masak maggie untuk lunch

1461697_10201382410586168_138383791_n

ke monkey beach

1484216_10201382803876000_1805272051_n

Menikmati hasil masakan sendiri

1489015_10201382607391088_840351629_n

masa ni baru start perjalanan

1503372_10201382734074255_305029176_n

nice view

1506976_10201382818236359_1044590801_n

puteri dayang senandung main buaian

1512495_10201382728594118_16315996_n

pantai dia pun not bad, bersih lah jugak

1526372_10201382751354687_1863946129_n

Serius tenang kot tengok pokok-pokok dalam ni. Dah lama tak masuk hutan

1535574_10201382763074980_1452718970_n

baru sampai, kami tibai 2 bungkus roti dulu

Ps: apapun Pulau Pinang memang best banyak tempat menarik, bila pergi bersama kawan-kawan lagi meriah, bukan selalu boleh berkumpul ramai-ramai macam ni

The post Tempat Menarik Di Pulau Pinang appeared first on Travel the Thing in Lifestyle | Faizal Fredley.

Aset Tentera Malaysia – Demonstrasi Menembak

$
0
0

Aset Tentera Malaysia – Demonstrasi Menembak yang di adakan di kem Asuhan Melaka. agak excited juga nak lihat Demonstrasi Menembak Angkatan tentera Malaysia ni.

maklumlah buat selalu boleh tengok benda macam ni. Lainlah kalau lepas ni aku memang akan sambung khidmat aku dalam bidang ketenteraan. Tapi bila tengok dalam minat aku macam susah jer nak sambung dalam bidang tentera ni.

Tapi tak mengapalah. sepanjang 6 tahun aku dalam ATM dan dah dapat satu paku (leftenan muda) kira oklah tu kan.

Nama senjata Asal Versi Nota
Pistol
Beretta M92 Bendera Itali Itali 92F -cawangan Batalion 165
Browning High-Power Bendera Belgium Belgium Standard -
Colt M1911 .45 ACP Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat M1911A1 PAC dan GGK sahaja
Heckler & Koch P9S Bendera Jerman Jerman Standard -
Sig Sauer P226 Bendera Switzerland Switzerland Standard PAC dan GGK sahaja
Vektor SP1 Bendera Afrika Selatan Afrika Selatan Standard -
Senapang patah
Remington M870 Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Standard PAC dan GGK sahaja
Franchi SPAS-12 Bendera Itali Itali Standard Grup Gerak Khas sahaja
Submesingan (SMG)
Heckler & Koch MP5 Bendera Jerman Jerman A2/A3/K-A4/SD3 Polis Tentera dan Pasukan Operasi Khas sahaja
Raifal
Steyr AUG A11 Bendera Austria Austria Standard Akan digantikan dengan Colt M4A1
Karbin Colt M4A11 Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Standard/Komando Raifal tempur standard akan datang
Colt M16A1 Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Standard -
Colt M16A1 Model 653 Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Karbin PAC dan GGK sahaja
Heckler & Koch G36C Bendera Jerman Jerman Karbin GGK sahaja
Raifal penembak tepat
Accuracy International PM Bendera United Kingdom United Kingdom Standard PAC sahaja
Heckler & Koch MSG-90 Bendera Jerman Jerman MSG-90A1 GGK sahaja
Harris Gun Works M-96 12.7mm Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Standard -
Mesingan
FN GPMG 7.62MM Bendera Belgium Belgium Standard
Heckler & Koch HK11 Bendera Jerman Jerman Standard Akan digantikan dengan FN Minimi
FN Minimi Bendera Belgium Belgium Minimi Mk.2 Mesingan ringan
M249 Squad Automatic Weapon Bendera Belgium Belgium Standard PAC sahaja
Pelancar bom
M203 Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Standard -
SACO Mk.19 Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Standard
Milkor Mk.1 Bendera Afrika Selatan Afrika Selatan Standard -

Sepertimana tentera darat lain di dunia, Tentera Darat Malaysia juga memiliki pelbagai jenis persenjataan lain, kebanyakannya digunakan oleh pasukan khas seperti Grup Gerak Khas atau anggota tentera yang memiliki tugas khas seperti penembak tepat.

Sumber Wikipedia

salam..

selamat pagi semua..arghhh..lama nya x online rindu aku kat dunia blogging ni..jatuh merudum trafik aku..

aku 2 hari x der depan laptop ni mcm2 cerita nak post tapi sekarang dah x tau nak post ape..heheh

hari isnin lepas aku pergi kat kem asuhan kat melaka..nak tau aku wak ape?? korang tgk gambar2 kat bawah ni..

ha…2 dia mcm2 kan..ni la aset malaysia yg dah lama negara lain x guna tapi negara kita still lagi guna…nak tau nape??? sebab negara kita miskin x mcm negara2 lain..nak berperang guna benda 2 jer dah konpen2 kalah..aku bukan nak buruk2 kan  negara kita tapi itulah realiti dia…senjata mcm2 nampak ganas tp hampeh..memng la masa menembak 2 bagaikan nak gugur jantung aku tp…hmm no kemen la kan x pasal2 lak aku kena masuk mahkamah tentera sb hina negara sendiri…

walaupun mcm 2 tp berbaloi la gak  kan dpt tgk tembakan senjata mcm 2 bagi aku kira ok la 2 dpt tgk n rasa gegaranyer dgn mata kepala aku sendiri…aku nak cerita lebih2 x leh ar sebab aku ada kelas lak kol 11 nanti lagi pun aku ni spesis malas nak manaip.. aku nak bagitau aku leh terlena masa jet pejuang wak demo heheh..dah la pegawai duk kiri dan kanan aku..aku lak leh membuta kat situ teruknya..

The post Aset Tentera Malaysia – Demonstrasi Menembak appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Tempat Menarik di Terengganu

$
0
0

Tempat Menarik di Terengganu. Dah lama rasanya aku tak bercuti-cuti satu malaysia di terengganu. Sejak jarang balik kelantan nak pergi terengganu ni terasa jauh sangat.

Kat Terengganu ni destinasi pelancongan yang popular sudah semestinya pulau-pulau terengganu yang sangat ohsem. Antara pulau yang menarik di Terengganu adalah Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas.

Pulau Redang dan Pulau Perhentian pernah aku pergi dan memang terbaik lah. Antara pulau yang best di Malaysia. Sesuai untuk bulan madu dah tenangkan fikirann. Air laut di sana pun masih belum tercemar.

Percutian di Pulau Redang

Percutian di Pulau Redang

Percutian di Pulau Redang

Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapameter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.

Percutian di Pulau Perhentian

Percutian di Pulau Perhentian

Percutian di Pulau Perhentian

Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

Trip ke Tasik Kenyir

Trip ke Tasik Kenyir

Trip ke Tasik Kenyir 

Tasik kenyir juga salah satu tempat yang menarik di Terengganu. Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.

Kolam air Panas La atau La Hot Spring

Kolam air Panas La atau La Hot Spring

Selain 3 tempat menarik di Teranganu ni aku juga pernah ke Kolam air Panas La atau La Hot Spring. Tapi masa ni aku tak der blog lagi jadi tak berpeluang nak coretkan di blog ni. Gambar tu ada rasanya aku ambil tapi tak tahu letak mana dah. Kolam Air Panas La pun best. Air sejuk pun ada jernih pulak tuh.

The post Tempat Menarik di Terengganu appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Pakej Percutian Ke Pulau Perhentian

$
0
0

pulau perhentian

Pakej Percutian Ke Pulau Perhentian….ONLY RM275 per head for 3DAYS 2NIGHT… apalagi kengkawan yang tengah nak hilangkan stress. jom kita bersantai ke pulau perhentian yang sememangnya boleh menenangkan fikiran yang tengah serabut tu. percutian yang menjanjikan kepuasan..

Pulau Perhentian Destinasi Pelancongan Popular Malaysia

  1. Location at Pulau Perhentian Kecil (Coral Bay)
  2. Accommodation at Amelia Chalet (Depan pantai)..3D2N..
  3. Standard Room (Kipas,katil double.
  4. Attach Bathroom
  5. Electricity 24jam
  6. 3 kali makan perday (2 breakfasts, 2 lunches, 2 dinners)
  7. BBQ last night
  8. snorkeling 5 destinations ( (Kekek Bay,Lighthouse,Romantic Beach,Turtle Point & Shark Point)
  9. gears all included (mask and snorkle/ life jacket provided)
  10. tiket boat pergi balik from Kuala BesutTerbuka kepada individual,group,honeymoon,dll..

Tel : 017-9825582 (zam) 010-9055905 (nasa) 013-2472423 (intan)
Email :muhamad.azam99@gmail.com

ps: Tawaran hanya dibuka sehingga bulan 10 sahaja….

The post Pakej Percutian Ke Pulau Perhentian appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Pakej Percutian di Pulau Pangkor

$
0
0

1a-462-600x350

Pakej Percutian di Pulau Pangkor. Sempena habisnya degree aku 20 jun 2014 ni dalam hati teringin untuk bercuti di Pulau. Saja nak tenangkan fikiran dan nikmati cuti aku yang terakhir sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang lagi mencabar.

Dalam hati ni teringin nak ke Pulau Pangkor kat Perak. Memandangkan Pulau Perhentian, Pulau Langkawi dan Pulau Redang aku dah pergi jadi pilihan ke empat aku adalah Pulau Pangkor.

Kira dalam list aku ni Pulau Pangkor berada di nombor 4 sebagai pulau terbaik di semenanjung Malaysia.

Seperti biasa sebelum aku menikmati percutian aku kali ini perkata pertama kena lah survey dulu pasal Pakej Percutian di Pulau Pangkor ni.

Antara resort dan calet yang dalam perhatian aku adalah Hornbill Resort orang kata resort ni ok banyak kemudahan. Harga pun tak lah mahal sangat.

Rate Bilik pun RM100 – RM180 satu malam. Not bad lah kan. Lagi pun Hornbill Resort terletak berhadapan dengan pantai Teluk Nipah yang terkenal di Pulau Pangkor serta berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti kedai runcit, gerai-gerai makanan, kedai cenderahati dan internet cafe.

Selain tu, Seagull Beach Village Resort juga dalam senarai aku kali ni. Pakej Percutian di Pulau Pangkor yang di tawarkan pun agak menarik.

PAKEJ KELUARGA 

Seagull Beach Village Resort - Pakej 3 hari 2 mlm rm150 

  • Tiket Feri Lumut-Pulau Pangkor-Lumut
  • Transfer in/out
  • Penginapan di Seagull Beach Village Resort
  • Island tours

Antara tempat yang dilawati :

  • Teluk Dalam
  • Satay Fish Factory
  • Fui Li Kong Temple
  • Kota Belanda & Shopping di Pekan Pangkor
  •  Snorkling( Termasuk Sewa Peralatan)
  • Kayak

AKTIVITI PILIHAN

  • BBQ & KARAOKE (RM20 Seorang)

MINIMA 4 ORANG

JIKA 20 ORANG DAN KEATAS ,PERCUMA BBQ DAN KARAOKE

SILA HUBUNGI 019-4950341 (ABDULLAH ABD WAHAB)

 

So far 2 tempat ni menjadi pilihan aku. tapi tak tahu lah yang mana yang aku pilih masih di dalam survey lagi. Tapi aku ingat kali ni nak naik bas jer malas pulak nak drive. Lagipun nak kena balik perlis untuk final exhibition 26 hb nanti.
10458112_720730021320659_5871852126206501240_n
Ni Nipah GuestHouse. Di recommended oleh Tripads kira power lah resort ni. Harga pun tak mahal. Aku tengok komen pun semua positif. Tapi sayang dia renovate masa tarikh yang aku nak pergi. 

The post Pakej Percutian di Pulau Pangkor appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.


10 Tempat Percutian Menarik Sekeluarga di Malaysia

$
0
0

10301444_10202896815805352_415069010791318398_n

# 10 Tempat Percutian Menarik Sekeluarga di Malaysia

Di Malaysia ni terdapat banyak Tempat Menarik untuk percutian terutama percutian keluarga. Tak perlu nak pergi jauh-jauh sehingga ke luar negara bagai. Tapi bagi yang berkemampuan tak mengapakan.

Berdasarkan pengalaman aku sebagai Travel Blogger aku senaraikan 10 Tempat Percutian Menarik Sekeluarga di Malaysia pilihan aku sendiri.

#1 Pulau Langkawi

Pulau Langkawi sentiasa mendapat tempat. Tumpuan pelancong termasuk Cable Car Langkawi, Langkawi Oriental Village, Kota Mahsuri, Galeria Perdana, Underwater World Langkawi, Langkawi Wildlife Park, Taman Buaya, Kilim Geoforest Park dan Laman Padi. Bila ke Langkawi, ambil peluang membeli belah pada harga yang rendah kerana tiada cukai dikenakan jika anda menetap sekurang-kurangnya 4 hari.

#2 Pulau Perhentian

Jika lebih suka bersantai di pantai dan laut, Pulau Perhentian tempat terbaik. Ia terkenal dengan pantainya yang bersih berpasir putih dan air yang sangat jernih. Perhentian Besar menempatkan penginapan yang lebih mahal berbanding Perhentian Kecil, namun keduanya sama cantik dan menarik. Pengunjung juga boleh bertukar-tukar tempat bersantai antara kedua pulau dengan teksi air. Aktiviti popular di sini termasuk meredah hutan, melawat program pemeliharaan penyu, berkemah, berkayak dan menyelam.

#3 Pulau Pinang

Ia merupakan bandar pelancongan yang pesat membangun tetapi masih mengekalkan bangunan lama. Tarikan disini termasuk Muzium Perang, Masjid Kapitan Keling, Tokong Ular, Fort Cornwallis, Pasar Chowrasta, Street Art, Pantai Batu Ferenggi, Padang Kota Lama dan Rumah P. Ramlee. Namun, aktiviti paling menarik adalah bersantai di tengah Bandar Georgetown sambil menikmati makanan yang pelbagai dan suasana persekitaran yang berbeza, seolah-olah berada dalam ruang masa yang lain. Singgahlah di Restoran Line Clear yang sangat popular apabila berada di sana.

#4 Sabah

Terlalu banyak tempat menarik di Sabah, namun Kota Kinabalu sendiri sudah cukup tarikan dan aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya Taman Marin Tunku Abdul Rahman untuk aktiviti pantai serta menyelam dan Taman Kinabalu yang menempatkan kolam air panas dan canopy walk, pelbagai spesis flora dan fauna yang pelik lagi menarik dan sayur-sayuran serta buah-buahan sergar dari ladang. Singgahlah di Pasar Filipina untuk pelbagai hasil laut, sama ada yang kering atau yang dimasak.

#5 Cameron Highland

Bagi mereka yang gemarkan kehijauan dan hasil ladang segar, pilihlah percutian tanah tinggi Cameron Highlands. Tenangkan fikiran dengan keindahan ladang teh sambil menikmati teh pelbagai perisa. Tarikan lain termasuk ladang sayur-sayuran dan strawberi, ladang bunga, ladang lebah, muzium serta pasar sayur-sayuran dan buah-buahan segar di Kea Farm atau sepanjang jalan utama dari Ringlet ke Kampung Raja. Kunjungi juga pasar malam Sabtu di Brinchang yang menjadi pusat jualan semua hasil ladang sambil menikmati makanan tempatan. Untuk aktiviti lasak, anda boleh meredah hutan, mendaki gunung dan juga berkemah.

#6 Kuala Lumpur dan Putrajaya

Banyak tempat yang boleh dilawati di Bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya. Antara lain Petrosains, Aquaria, Taman Tema Cosmo, KL Tower, Pusat Sains Nasional, Taman Burung, Taman Tasik, Planetarium dan Muzium TUDM di Kuala Lumpur. Lanskap bandaraya Putrajaya pula cukup mengagumkan ditambah dengan tarikan seperti Taman Wetland, Tasik Putrajaya berserta pelayaran, Taman Warisan Pertanian, Taman Equestrian, Challenge Park dan pusat membeli belah Alamanda

#7 Melaka

Bandaraya Melaka bandaraya bersejarah tak begitu besar. Korang boleh mengambil masa selama 3 hari sahaja untuk pusing-pusing seluruh melaka. Untuk Senarai penuh Tempat Menarik di Melaka ke LINK ini.

#8 Pulau Redang

Pulau Redang satu legi destinasi yang menarik untuk percutian keluarga. Terletak di Terengganu dan memang sesuai untuk percutian. Deretan Resort yang berada di sebuah pulau menyebabkan pulau redang begitu heppening dan menyeronokkan.

#9 Pantai Morib, Banting Selangor

Pantai Morib menjadi tumpuan kerana anda berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam di sini. Sebab itulah Goldcoast Sepang dibangunkan di Sepang, semata-mata untuk menikmati keindahan dan suasana matahari terbenam

#10 Port Dickson, Negeri Sembilan

Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.

Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya berehat.

Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.

The post 10 Tempat Percutian Menarik Sekeluarga di Malaysia appeared first on Faizal Fredley.

Pulau Pangkor Pulau ke-9 Paling Popular 2014

$
0
0

Pulau Pangkor dipilih sebagai pulau ke-9 paling popular di kalangan orang-orang kaya 2014. Hebatkan. Jadi bagi orang malaysia tak payahlah nak sibuk-sibuk bercuti di luar negara sangat. membazir jer. Tapi kalau mampu apa salahnya.

Aku pun terkejut masa tengok senarai ni. tak sangka pulak pulau pangkor boleh berada di tangga ke – 9. Kalau sebelum ni Pulau Perhentian,  Pulau Tioman dan Tanjung Rhu tersenarai di dalam top 50 Pantai terbaik di dunia.

Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:-

  1. Kota Belanda
  2. Batu bersurat
  3. Pantai Puteri Dewi
  4. Pantai Pasir Bogak
  5. Teluk Nipah

Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing.

Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.

pulau-pangkor-54188

Gambar dari Google Image

Senarai Top 10 Pulau Paling Popular 2014 bagi orang-orang kaya:

1. Hawaiian Islands – USA
2. Martha’s Vineyard – USA
3. Tasmania – Australia
4. Balearic Islands – Spain
5. Ionian Islands – Greece
6. Whitsunday Islands – Australia
7. Sardinia – Italy
8. Islay – Scotland
9. Pangkor – Malaysia
10. Koh Samui – Thailand

Di Malaysia juga Pulau Pangkor merupakan Top 5 Destinasi Percutian Pulau Popular.

sc- The Candy GPS Report

The post Pulau Pangkor Pulau ke-9 Paling Popular 2014 appeared first on Faizal Fredley.

Tersadai di Pulau Langkawi

$
0
0

Tersadai di Pulau Langkawi | Bagi sesetengah orang pulau langkawi penuh dengan keseronokan. Tetapi bagi aku pulau langkawi dah jadi satu tempat yang biasa. Dah berapa kali aku datang ke sini pun aku tak pasti dah. Hampir kesemua tempat aku dah jejak di pulau lagenda ni.

Ada sesetengah tempat tu sampai bosan dah nak pergi terutama island hopping dan juga cable car. Tapi kalau air terjun telaga tujuh tu inshaAllah tak kan boring. Serius rindu giler nak gi situ lagi. Air jernih dah sejuk..Segar rasa tubuh,

Hari ni aku tersadai di pulau langkawi lagi atas urusan kerja. Serius rasa tak ohsem lansung. Nak beli cokelat pun tak sempat. Tapi petang tadi sempat juga aku berhenti layan sunset kejap di Black Sand Beach.

Esok dah balik penang. Bye bye langkawi.

IMG_2423

IMG_2431

The post Tersadai di Pulau Langkawi appeared first on Faizal Fredley.

7 Tips Persediaan Bercuti Ke Maldives

$
0
0

6bb76060604dd5fffe7bd996c40f87af_large

7 Tips Persediaan Bercuti Ke Maldives | InshaAllah jika diizinkan Nya cuti raya cina 2015 aku akan habiskan cuti aku di pulau yang awesome iaitu pulau maldives. Percutiaan yang mengambil masa 4 hari 3 malam ini telah di rancang dipenghujung tahun 2014. Semoga ianya dipermudahkan.

Ini merupakan kali pertama aku akan fly dengan lebih jauh, lebih tinggi dan lebih mencabar seumur hidup aku.

Untuk ke Maldives memang merupakan impian aku yang bakal jadi kenyataan. Dari dulu lagi teringin jer nak ke Maldives tapi memandangkan ekonomi negara dan diri sendiri tak begitu stabil terpaksa lupakan sahaja.

Namun kini setelah bergelar travel blogger barulah aku dapat peluang untuk merealisasi kan impian aku.

Maldives, nama rasminya Republik Maldives, adalah sebuah negara pulau mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak diLautan Hindi, di selatan pulau Lakshadweep, India. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau (435 batu) ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil.

Screen Shot 2015-01-19 at 1.48.26 PM

 PERSEDIAAN BERCUTI KE MALDIVES

Ok ni antara sedikit persediaan yang aku google bagi persedian bercuti ke Maldives nanti.

#1. Tempahan Hotel. Tempahan hotel boleh di buat melalui Booking.com. Bagi yang bajet rendah korang boleh stay di hulhumale. Kalau yang jenis anak2 dato tu boleh stay kat private island. Cuma perbezaan dia dari segi suasana dan juga permandangan. Kalau hotel dekat private island ni biasanya harga RM500++. Kalau di hulhumale dengan harga RM200++ dah boleh dpt dah.

#2. Perbezaan masa di Maldives dan Malaysia adalah di Maldives lewat 3 jam dari Malaysia.

#3. Mata wang yang digunakan di Maldives (MVR). RM1 lebih jika ditukarkan kepada MVR lebih kurang MVR4.80. tapi mostly kat sini pakai USD. Jadi aku sarankan tukar ke RM kepada USD. Lagipun kat Malaysia ni susah nak cari money changer utk tukat Matawang MVR.

#4. Wajib cuba Snorkeling dan Island Hoping. Yang ni dah ada dlm planning aku nanti.

#5. Bawa bekal dari Malaysia kalau nak jimat. Maybe boleh bawak maggi atau pun roti banyak-banyak. tak pun bawak jer rice cooker. Heheh.

#6. Cuaca lebih kurang kat Malaysia jer. Dari segi pakaian tak payah risau cuma mungkin boleh bawak sunblock. Sebab pulau ni biasnya boleh membuat kulit jadi sunburn.

#7. Boleh contact hotel yang kita dah booking awal-awal untuk pihak hotel arrange kan teksi utk pick up kita dari airport. (At least 3 hari sebelum fly)

Erm setakat ni itu je yang sempat aku buat persediaan. rasanya dah cukup kot. Maybe kalau rakan-rakan yg pernah ke sana boleh tambah jika ada yang aku terlepas pandang ker….

The post 7 Tips Persediaan Bercuti Ke Maldives appeared first on Travel Like a Boss | Faizal Fredley.

Bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu

$
0
0
IMG_0311
Long Beach Perhentian Kecil

Bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu | Sempena cuti merdeka 2015 pulau perhentian terengganu menjadi destinasi percutian hujung minggu bersama rakan-rakan universiti kali ini.

Percutian yang mengambil masa hanya 3 hari 2 malam kali ini memang agak berbeza menadangkan percutian aku kali ini agak bajet sikit. So everything memang kena bajet lah. So untuk entry kali ini memang sesuai untuk korang yang low bajet untuk ke pulau perhentian.

Tidak bermakna dengan low bajet ni korang kena low enjoy jugak. Kadang-kadang kita akan lebih enjoy dengan bajet yang rendah berbanding bajet yang tinggi.

IMG_0008
Kampung Nelayan Pulau Perhentian

Memandangkan kali ini aku pergi dengan group tahap enjoy aku ni memang agak tinggi jugak. Macam-macam aktiviti yang sempat kami buat.

Sakarang ni sementara masih lagi fresh ingatan aku untuk setiap bajet yang aku guna di perhentian lebih elok aku kongsi terus dengan dalam blog ni.

IMG_0060
Jam 6.30 pagi (Long Beach Perhentian Kecil)

Bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu

RM300

  • Chalet
  • Feri (pergi balik)
  • Breakfast 2x
  • Lunch 2x
  • Dinner 2x
  • Pakej Snorkeling

RM15

  • Sewa Jeket dan alat snorkeling utk last day. Kot2 korang nak snorkeling kat perhentian kecil

RM20

  • Beli jajan wak makan tepi pantai

RM30

  • beli hadiah utk sesi tukar2 hadiah

Ok tu je lah bajet aku ke pulau perhentian (perhentian kecil) kali ni. Jauh lebih murah berbanding last time aku pergi di Perhentian besar sebelum ni.

Ok dah setel part bajet aku kongsi kan sedikit gambar2 kami bersuka ria di Pulau Perhentian.

Ok sebelum tu aku nak kongsikan sedikit perbezaan di antara perhentian besar dengan perhentian kecil.

IMG_9704
Perhentian Kecil

Perhentian Besar

  • Sesuai untuk bersantai dan family.
  • Lebih tenang dan releks.
  • Pantai lebih landai sesuai untuk kanak2

Perhentian Kecil

  • More kepada party dan untuk orang-orang muda.
  • Ada banyak pub (Long beach)
  • Pantai cantik
  • Macam kat oversea. Ptg2 ramai mat saleh/minah saleh duk berjemur tepi pantai
  • Ada kincir angin. Lebih kurang 20 minit berjalan. Nice View

Chalet, Resort dan Hotel

  • Perhentian Island Resort (Perhentian Besar) RECOMMENDED FOR HIGH BUDGET
  • Coral View Island (Perhentian Besar)
  • Tuna Bay (Perhentian Besar)
  • Bubu Villa (Perhentian Kecil)
  • Bubu Long Beach (Perhentian Kecil)
  • Fatimah Chalet (Perhentian Kecil) HIGHLY NOT RECOMMENDED 
  • Amelia Chalet (Perhentian Kecil) RECOMMENDED FOR LOW BUDGET
  • Sharila Resort (Perhentian Kecil)

Ok proceed dengan gambar2.

perhentian2
Pulau Perhentian
perhentian
Long Beach
perhentian3
Long Beach
perhentian5
Long Beach
PERHENTIAN1
View from Kincir Angin

PERHENTIAN12 Kincir Angin[/caption

Untuk tempahan Hotel dan Resort korang boleh tempah melalui hotelscombined untuk bandingkan setiap harga hotel. Boleh jimat dan dapatkan hotel terbaik dengan harga yg terendah.

The post Bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu appeared first on FaizalFredley.

Trip ke Kepulauan Mersing Johor Bersama Oh Jalan

$
0
0
IMG_5353
Kepulauan Mersing

Trip ke Kepulauan Mersing Johor Bersama Oh Jalan. Last week aku dapat invitation dari Oh Jalan untuk trip ke Kepulauan Mersing yang terletak di Johor. Memandangkan aku belum pernah lagi jejakkan kaki di pulau pulau kat Johor jadi trip kali ini aku memang excited lebih.

Maklumlah tak pernah pergi kan. Lagipun aku dengar cerita pulau2 kat Johor ni cantik-cantik, setanding dengan pulau dekat Terengganu. Airnya yang jernih dan kebanyakkan pulau-pulau di Johor ni belum lagi di komersial kan (selain Pulau Tioman).

Dengan itu Oh Jalan mengambil inisiatif dengan menjemput 10 blogger travel untuk turut serta menjelajah pulau pulau sekitar Mersing ini.

IMG_7071
Rawa Island

Antara pulau-pulau yang sempat kami singgah adalah Pulau Gual, Pulau Hujung, Pulau Harimau, Pulau Besar dan Pulau Tengah.

Memang tak kan menyesal kalau siapa yang pergi ke pulau pulau ni sebab pulau pulau kat sini memang belum tercemar oleh kerakusan manusia. Kira masih dara lagi lah ni.

Perjalanan yang mengambil masa 4 jam dari Kuala Lumpur ke Mersing Johor ni memang happening dengan blogger2 yang sangat hyperactive.

Kami bertolak jam 12 tgh malam dari TBS menaiki Kereta jenis Hyundai Starex tajaan dari KLEZCAR (HQ) dan tiba di Mersing lebih kurang jam 5 pagi. Bayangkan 12 orang ada dalam kereta ni memang heppening dan macam tak percaya juga kereta ni boleh muat ramai penumpang.

Seterusnya kami bertolak ke Pulau pulau mersing melalu jeti Mersing. Dan menikmati keindahan ciptaan Allah yang masih lagi terjaga.

PULAU-PULAU YANG DILAWATI:

IMG_4719
Pulau harimau

Pulau Harimau – Tompokan seperti lumut atau bukit lalang dan gua paras laut pada pulau ini yang menjadikan ia satu pulau yang unik dan cantik. (hanya bergambar dari atas bot)

IMG_4742
Pulau Gual
IMG_5226
Pulau Gual

Pulau Gual – Terdapat pintu gua di hadapan yang menembusi di belakang. Di dalam gua ini terdapat pasir putih yang sangat cantik. (hanya bergambar dari atas bot)

Pulau Mensirip – Mempunyai gua dan pulau yang berbatu. (hanya bergambar dari atas bot)

IMG_4752
Pulau Hujung
IMG_4818
Pulau Hujung
IMG_4819
Pulau Hujung
IMG_4854
Pulau Hujung

Pulau Hujung – Pulau yang sesuai untuk snorkeling kerana kecantikan coral dan kejernihan airnya. Terdapat juga pantai terbiar di Pulau Hujung yang boleh dijadikan tempat bersantai selepas penat ber’snorkeling’. Walaupun terbiar namun kejernihan, kehalusan pasir pantai dan keindahannya terpelihara. Terdapat beberapa rumah kayu usang yang telah lama ditinggalkan dan dijadikan sebagai pitstop pengunjung apabila ke sini.

IMG_4959
Pulau Tengah
IMG_4988
Pulau Tengah
IMG_5194
Pulau Tengah
IMG_5196
Pulau Tengah

Pulau Tengah – Juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk snorkeling. Selepas ber’snorkeling’, singgah di salah satu pantai terbiar di Pulau Tengah. Di sini tidak mempunyai pasir yang halus seperti Pulau Hujung, sebaliknya hanya berbatu-batu halus dan tajam. Namun bentuk geografinya yang unik menjadi satu tarikan kepada ‘photo traveller’.

IMG_5028
Pulau Besar
IMG_5034
Pulau Besar
IMG_5212
Pulau Besar
IMG_5213
Pulau Besar

Pulau Besar – Merupakan tempat snorkeling yang paling best dan menarik. Terdapat beberapa resort untuk diduduki, juga perkampungan penduduk yang boleh diterokai. Persekitaran Pulau Besar lebih terjaga dan lebih menarik kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pemilik-pemilik resort di sini.

IMG_4931

Selesai menjelajah di 5 pulau pulau yang ada di mersing ni kami pulang ke bandar Mersing sekitar jam 5 petang. Kepulangan kami membawa sejuta memori yang ingin di kongsikan bersama pembaca blog masing masing.

Bagi sesiapa yang inginkan percutian di pulau pulau Mersing boleh lah contact Oh Jalan kerana Oh Jalan menawarkan pakej pakej yang menarik untuk ke pulau pulau ini dengan harga yang begitu menawan sekali.

IMG_5318
Snorkeling pun best kat sini

PAKEJ EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING OLEH OH JALAN:

Pulau Harimau, Mensirip, Gual, Hujung, Tengah, & Besar.

Moh sertai kami pada tarikh-tarikh eksklusif berjadual di bawah, khas oleh Oh Jalan; (saguhati istimewa menanti anda pada tarikh-tarikh ini).

  • 6 Aug
  • 27 Aug
  • 3 Sept
  • 24 Sept
  • 8 Oct
  • 22 Oct
  • 5 Nov
  • 26 Nov

ATAU

Tarikh pilihan anda sendiri jika ‘group’ anda bersaiz antara 8-11 orang.

Tempah percutian anda sekarang hingga 5 Ogos 2016 untuk Harga Promosi Istimewa!!

Pakej A [Day Trip]

  • RM188 RM168 / dewasa
  • RM138 RM118 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:

  • Travel coordinator dari Oh Jalan
  • 1 hari trip ‘island-hopping’ ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
  • Bot ‘chartered’ khas
  • 1 sarapan pagi
  • 1 makan tengahari
  • Set snorkeling

Pakej B [2H1M]

  • RM248 RM228 / dewasa
  • RM178 RM158 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:

  • Travel coordinator dari Oh Jalan
  • 1 hari trip ‘island-hopping’ ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
  • Bot ‘chartered’ khas
  • 1 sarapan pagi
  • 1 makan tengahari
  • Set snorkeling
  • 1 malam penginapan di hotel sekitar Mersing

MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:

PENAJA-PENAJA PROGRAM EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING:

Penaja pengangkutan (Hyundai Starex) – KLEZCAR (HQ).

Untitled2

KLEZCAR serupakan syarikat sewa kereta yang mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Harga sewaan yang ditawarkan adalah dengan harga yang murah dan berbaloi dengan wang ringgit, terutama untuk sewaan kereta sekitar Kuala Lumpur. Jika anda seorang yang rigid dengan bajet, maka pilihan KLEZCAR bolehlah menjadi satu keutamaan bagi anda. Ada pilihan pelbagai, dari sekecil Viva sehinggalah ke kereta mewah seperti Vellfire.

KLEZCAR MALAYSIA (HQ)

  • Suites A-9-1, Northpoint Office, Tower­ A,
  • Mid Valley City, Medan Syed Putra,
  • 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Tel: 1-300-88-4040
  • Facebook: https://www.facebook.com/KLezCar/
  • Web: http://www.klezcar.com
    Emel: fuad@klezcar.com

Penaja penginapan – Hotel Bluewater, Mersing.

Untitled1

Hotel Bluewater, Mersing merupakan antara hotel yang menawarkan harga sewaan mampu milik. Rekaan dalamannya yang moden namun simple sangat sesuai untuk mereka yang mencari hotel bajet namun selesa untuk dijadikan sebagai tempat penginapan sementara apabila berkunjung ke Mersing. Terdapat pelbagai jenis bilik untuk dipilih antaranya; bilik berdua, bertiga dan berempat. Kedudukan hotel ini yang berada di pusat bandar Mersing menjadikan ia hotel pilihan ramai kerana terdapat pelbagai kemudahan yang berhampiran dengan hotel, antaranya; kedai makan, bank, kedai runcit, kedai dobi dan lain-lain lagi.

HOTEL BLUEWATER, MERSING

  • 38, Tingkat 1 & 2, Jalan Jeti,
  • Bandar Tepian Sungai,
  • 86800 Mersing, Johor.
  • Tel: 07-799 5535
  • Emel: hotel_bluewater@yahoo.com.my

Penaja makanan – Restoran Tepian Bendang, Air Papan.

Untitled3

Restoran Tepian Bendang terletak di tepi jalan utama menuju ke Air Papan. Dibuka dari pukul11 pagi sehingga 11 malam. Antara menu yang istimewa di sini adalah Asam Pedas & Kari Kepala Ikan (makan tengahari) dan Mee Bandung (makan malam). Rasanya tidak lengkap sekiranya ke sini tetapi tidak mencuba menu istimewa mereka. Lokasinya yang dikelilingi sawah padi menjadikan ia satu tarikan pengunjung yang gemarkan suasana santai dan damai. Harga yang murah dan berbaloi juga menjadikan restoran ini menerima pengunjung yang tidak putus setiap hari.

RESTORAN TEPIAN BENDANG, AIR PAPAN

  • Jalan Kampung Air Papan,
  • 86800 Mersing, Johor.
  • Tel: 019-773 6655 / 019-729 0001
  • Waktu operasi: 11 pagi – 11 malam

Penaja pakaian – Print D Tee Studio

Untitled5

Print D Tee Studio merupakan syarikat percetakan baju yang berpusat di Kemaman, Terengganu dan telah beroperasi sejak tahun 2013. Terdapat pelbagai jenis cetakan yang ditawarkan, antaranya; cetakan silkscreen, heatpress, direct to garment (DTG), sulaman dan custom-made. Harga yang ditawarkan juga adalah mampu milik.

PRINT D TEE STUDIO

  • K-13550, Tingkat 1, Desa Solehah,
  • Kampung Mak Chili Paya, Chukai,
  • 24000 Kemaman, Terengganu.
  • Tel: 014-514 1022
  • Facebook: https://www.facebook.com/PrintDteeStudio/
  • Emel: printdtee@gmail.com
  • Waktu operasi: 9 pagi – 6 petang (Ahad-Khamis)

The post Trip ke Kepulauan Mersing Johor Bersama Oh Jalan appeared first on Faizal Fredley.

Itinerary Dan Bajet Percutian di Mauritius 6H5M Hanya RM1500

$
0
0

Grand Baie

 

Itinerary Dan Bajet Percutian di Mauritius 6 Hari 5 Malam. Selesai kembara backpacking selama 38 hari di Eropah journey aku bersambung di Mauritius. 3 hari aku balik malaysia sebelum fly lagi ke benua africa. Penat? memang penat gila. Serius jet leg masa kat eropah pun masih belum hilang lagi tapi nak buat macam mana tiket flight dan perancangan telah di buat sebelum aku plan ke eropah lagi. hehhe

 

Kalaulah tak der trip ni mungkin aku akan sambung lagi untuk kembara eropah tapi dah di tetapkan aku balik Malaysia 3 hari then sambung balik. 

 

Mauritius merupakan sebulan kepualauan kecil di benua Afrika. Sebelah Mauritius terletaknya Pulau Reunion dan Madagascar. kalau korang ikuti perkembangan cerita MH370 mesti korang pernah dengar Pualu Reunion kan? Entah macam mana dari KL ke China MH370 boleh ada kat Pulau Reunion. tak masuk akal. Nak buat cerita pun agak agak lah… Eh lari ke politik lak. Ok sambung… 

 

Penduduk Mauritius terdiri kepada Negro, Indian dan Chinese. Macam Malaysia kan. heheh. Tapi Majority adalah Indian. So tak hairan kalau korang ke Mauritius korang akan rasa ke India. Bahasa utama diorang dalah Perancis dan English. Orang Indian kat sana cakap english tak berbelit macam orang indian di Malaysia ataupun India ya. Agama pula dah tentu Hindu tapi agama Islam pun boleh tahan juga kat sana. So kalau korang risau makanan halal kat sana usah risau. Sangat sangat mudah nak cari kedai halal.

 

Catamaran Cruise

 

Aku kat sana selama 6 hari 5 malam. Cukup cukup untuk terokai keseluruhan Mauritius. Sebab Mauritius tak lah besar mana pun. tapi kalau nak puas hati atau santai santai korang boleh buat 2 minggu. Depends kepada bajet dan kemahuan korang.

 

Bagi yang sukakan laut yg biru dan bukit yang cantik, Mauritius sangat sesuai. Air laut yang jernih gila memang buat korang rasa nak tidur dalam air jer. Kejernihan air dia boleh dibandingkan dengan Maldives. Sesuailah kalau nak honeymoon gitu.

 

Cuaca pula boleh jangkakan kan? Haah biaslah benua Afrika then di pulau pulak. So prepared lah Lotion bagi elakkan kulit korang takut terlebih sinaran matahari nanti. Boleh guna Lotion Cosmoderm Travel Set. 

 

Dari KL aku book Air Asia. Harga dia RM700++ retured. Aku beli masa promosi bulan oktober 2016 lagi. Masa tu Air asia baru jer buka laluan dari KLIA2 ke Mauritius. So apa lagi grab je lah sebab tau dah harga ke Mauritius kalau bukan promo boleh tahan mahal.

 

Port Louis

 

Sumpah aku cakap Mauritius tersangat cantik. Penduduk dia pulak memang sangat sangat helping lah. So kalau nak mintak tolong dengan diorng tu silalah. InshaAllah diorang akan tolong. 

 

Sepanjang kat sana aku tak stay di satu tempat sebab aku plan nak keliling Mauritius. Dan kebanyakkan tempat tinggal aku book melalui Airbnb jer. Murah dan selasa. Sesuai untuk group. Kalau book hotel mahal lagipun hotel bajet pulak tu. 

 

Overall bajet aku sepanjang 6 hari kat sana hanya RM1500 sahaja. Ni aku kongsi Itinerary Dan Bajet Percutian di Mauritius 6H5M Hanya RM1500. tak de lah lengkap sangat tapi kalau nak buat rujukan tu boleh lah. 

 

Catamaran Cruise

 

6 DAYS IN MAURITIUS

 

DAY1

  • Sampi Airport 12 tgh hari
  • Ambil kereta sewa kat airport Rp6150 (6days)
  • Terus ke Gris Gris Beach
  • Lunch (Gris Gris Beach)
  • St Felix Beach
  • Le Morne Brabant
  • Stay di Ropsen Apartment (La Gaulatte) Suitable for big family (Rp2200)

DAY2

  • Breakfast
  • Drive ke Chamarel Black River
  • 7 Colours Earth (Rp675/3) tiket
  • Black River Gorges National Park
  • Tamarin Beach
  • Flec en Flet
  • Phoenix
  • Stay di Phoenix Guest House (Rp1600)
  • Dinner di Phoenix Mall

DAY3

  • Curepipe
  • Drive ke Port Louis
  • China Town
  • Caudan waterfront
  • Fort Adelaide
  • Jummah Mosque
  • Stay area Rose Hill (Rp1260)

DAY4

  • Port Louis
  • Grand Baie
  • Stay di Paradise Holiday Inn (MYR129)

DAY5

  • Catamaran Cruise (Rp4200/3) = Rp1400
  • Mahebourg
  • Drive ke Airport

BAJET

  • Flight KLIA2 – SSR (RM720) Return
  • Hotel Rp2200 + Rp1600 + Rp1260 + Rp1039 = Rp6099/3 = Rp2033
  • Kereta Sewa (Rp6150) =Rp2050
  • Petrol Rp1125 + Rp600 = Rp575
  • Meals + Souvenir = Rp2717

 

Ok Bajet ni aku pergi 3pax so murah sikit lah. kat eropah aku gi sornag jer. 

 

Le Morne Brabant

TIP PERCUTIAN DI MAURITIUS

 

  • Cuaca = 27 – 32 degree
  • Language = English + France
  • Currency = Mauritius Rupee, Euro pun di terima kat sana
  • Transport = Better sewa kereta (bas ada tapi kurang selesa)
  • Drive sama macam malaysia
  • Boleh guna lesen driving Malaysia
  • Makanan halal banyak kat sana
  • Nak bajet boleh sewa homestay melalui Airbnb
  • Cuaca panas so sediakan Lotion
  • Majoroty penduduk Maurtius tersangat peramah dan baik
  • Majority penduduk Mauritius adalah Indian

 

Ok dah malas nak cerita panjang2 lagi korang layan dulu semua gambar gambar ni ya. Warning!!  Picture sangat banyak dan ada 18sx!!!

 

Gris Gris Beach

St Felix Beach

Le Morne Brabant

Black River

Apartment (La Gaulatte). Muat untuk satu family. Ada satu bilik dan kat ruang tamu ada katil. Kat atas pun ada katil utk budak2

Apartment (La Gaulatte)

View from Apartment (La Gaulatte)

View from Chamarel Black River

Chamarel Black River

Chamarel Black River

Chamarel Black River

7 Colours Earth. Kat sini ada 7 jenis warna tanah terhasil secara semulajadi. Warna-warna yang berkembang melalui penukaran lava basalt dengan mineral tanah liat. Ia merupakan kawasan yang agak kecil dan bukit pasir yang terdiri daripada pasir tujuh warna yang berbeza  merah, coklat, ungu, hijau, biru, ungu dan kuning).

7 Colours Earth. Kura-kura besar pun ada

Tamarin Beach

Port Louis

Caudan waterfront

Caudan waterfront

Caudan waterfront. Orang kata dulu diorang pakai payung warna warni

Fort Adelaide

Grand Baie

Grand Baie

Grand Baie

Jeti sebelum ke Ile aux Cerfs

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs. BBQ atas cruise. Macam cerita2 orang kaya. Hehhe

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs

Landak Laut. Orang kata mahal benda ni. Dan tak tahu pulak boleh makan. Rasa dia x pasti sebab macam geli pulak aku nak makan

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs. Naik bot kecik untuk ke air terjun

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs

Air terjun Ile aux Cerfs

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs

Lunch atas Catamaran Cruise.

Bersantai. Pergh best gila. Air jernih. Angin pulak sepoi sepoi.

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs

Sambut birthday girl di Ile aux Cerfs

Ile aux Cerfs. Jangan kata macam PCB pulak!!!

Ile aux Cerfs

Ile aux Cerfs

Ile aux Cerfs

Ile aux Cerfs

Ile aux Cerfs

 

Till Then! Bye…..Sumpah seronok gila kat Mauritius cantik sangat. Murah pun murah. Cuma panas lah sikit. Gi 7 hari je kulit burn macam beach boy dah. Baru je putih lepas balik dari europe. 

The post Itinerary Dan Bajet Percutian di Mauritius 6H5M Hanya RM1500 appeared first on Faizal Fredley.


10 Destinasi Percutian Pulau Menarik Dalam dan Luar Negara

$
0
0

10 Destinasi Percutian Pulau Menarik Dalam dan Luar Negara | Lepas raya ni memang seronok bercuti di tepi pantai atau tepi laut. Boleh lah lepak sambil layan bayu laut lepas makan lemang dan rendang pulak. Perghhh syok wooo. tu pun kalau cuti ada lagi lah. For now cuti 2018 aku dah habis dah pun di gunakan. Nak bercuti terpaksalah unpaid.

Tapi yang pasti i willing to take my unpaid anytime for travel, bagi aku masa muda ni lah nak travel tengok dunia. Dah tua nanti tak larat dah nak jalan jauh. Sebab travel macam aku ni penat maklumlah travel bajet semua nak kena plan dan buat sendiri. Lainlah kalau anak orang ada ada cakap je kat mana nak pergi semua dah siap di aturkan. Tinggal bawak diri jer.

Kenapa aku pilih percutian tepi pantai lepas raya?

Satu je sebab dia, percutian pantai ni antara percutian santai, tak memerlukan tenaga yg banyak sebab tujuannya adalah untuk lepak tepi pantai je without doing anything.

Sehubungan dengan itu, aku kongsikan 10 destinasi pilihan aku untuk bercuti di tepi pantai. Destinasi ni ada yang aku belum pergi lagi tapi teringin sekali nak pergi.

Gambar-Gambar semua ni adalah gambar-gambar daeri Google. Kalau ada sumber aku akan kreditkan.

10. Palawan Island, Philippines

Teringin nak pergi sebab bagi aku pulau ini antara pulau yang tercantik di dunia. Lagipun jarakmnya tidaklah jauh sangat dari KL. Still boleh pergi over the weekend.

9. Pulau Belitung, Indonesia

Pulau ini juga antara pulau idaman aku, maybe one day aku akan ke sini. Bagi korang yang pernah tgk cerita Indonesia Laskar Pelangi mesti tahu pulau ni kan.

8. Maldives

Aku dah pergi. Tapi memang ken repeat sebab Maldives antara negara pertama aku jejak untuk pengembaraan travel solo aku. Bermula dari Maldives lah aku dapat jejak 38 lagi negara lain. Lagi satu aku nak repeat sebab tak ada satu pun gambar cantik aku di sana. Masa tu baru lagi jadi traveller ambil gambar pun tak reti lagi.

7. Fiji

Agak jauh sikit mungkin perlukan cuti yang panjang. Namun, negara ocean ini antara negara yang sesuai untuk larikan diri dari tekanan. Negara ni kecil je terletak di laut timur Australia, dan untuk ke sini boleh transit di Singapore. Dari KL tak ada direct flight.

6. Raja Ampat, Indonesia

Kalau di Indonesia, Raja Ampat antara pulau paling cantik. Nak ke sini pun bukan senang kena naik flight domestic sahaja. Bajet pun agak tinggi kalau nak ke sini.

5. Lexis Hibiscus, Port Dickson

Kalau dalam negara aku suka lepak di Port Dickson dan Lexis Hibiscus menjadi pilihan aku sebab dekat. So far baru sekali aku stay di sini. Dan memang puas hati orang kata. Nak tengok sunset pun best. Lagi satu resort ni sangat private. Sesuai untuk honeymoon. Tapi harga agak pricy sikitlah.

4. Pulau Tioman

Belum pernah jejak lagi. Banyak peluang aku dapat untuk ke Pulau Tioman tapi tarikh je problem. Mesti ada je halangan untuk aku ke sini.

3. Club Med, Cherating

Katanya tempat orang have-have. Harga pun memang cekit darahlah kalau bukan ahli. Kalau ada duit lebih teringin juga aku nak ke ClubMed ni. Lagipun tak jauh sangat. Still boleh di jadikan destinasi untuk weekend getaway.

2. Sipadan, Sabah

Dah lama teringin. Kat sana memang banyak pulau cantik-cantik. Tapi itulah masa yang sesuai tak ada lagi. So korang kalau berpeluang pergi lah Sipadan. Gerenti tak nyesal. Masalahnya tiket agak mahal, fly ke Sabah pun lagi mahal dari fly ke Indonesia.

1. Pulau-Pulau di Johor (Mersing)

Aku pernah pergi 2 tahun lepas. Banyak juga pulau kat Mersing yang cantik-cantik tapi sekarang kebanyakkan pulau ni dah jadi hak milik Kerabat Johor. Orang awam dah tak boleh nak pergi suka hati dah. Salah satu pulau yang cantik kat sana Pulau Harimau dan Pulau Rawa.

*****

Entah bila tak tahu nak pergi tempat-tempat ni. Kerja sekarang nak amik cuti unpaid dah start sayang sebab banyak deduct. hehe. Lagipun nak target seluruh Eropah dulu.

The post 10 Destinasi Percutian Pulau Menarik Dalam dan Luar Negara appeared first on Faizal Fredley.

10 Tempat Percutian Menarik Sekeluarga di Malaysia

$
0
0

10301444_10202896815805352_415069010791318398_n

# 10 Tempat Percutian Menarik Sekeluarga di Malaysia

Di Malaysia ni terdapat banyak Tempat Menarik untuk percutian terutama percutian keluarga. Tak perlu nak pergi jauh-jauh sehingga ke luar negara bagai. Tapi bagi yang berkemampuan tak mengapakan.

Berdasarkan pengalaman aku sebagai Travel Blogger aku senaraikan 10 Tempat Percutian Menarik Sekeluarga di Malaysia pilihan aku sendiri.

#1 Pulau Langkawi

Pulau Langkawi sentiasa mendapat tempat. Tumpuan pelancong termasuk Cable Car Langkawi, Langkawi Oriental Village, Kota Mahsuri, Galeria Perdana, Underwater World Langkawi, Langkawi Wildlife Park, Taman Buaya, Kilim Geoforest Park dan Laman Padi. Bila ke Langkawi, ambil peluang membeli belah pada harga yang rendah kerana tiada cukai dikenakan jika anda menetap sekurang-kurangnya 4 hari.

#2 Pulau Perhentian

Jika lebih suka bersantai di pantai dan laut, Pulau Perhentian tempat terbaik. Ia terkenal dengan pantainya yang bersih berpasir putih dan air yang sangat jernih. Perhentian Besar menempatkan penginapan yang lebih mahal berbanding Perhentian Kecil, namun keduanya sama cantik dan menarik. Pengunjung juga boleh bertukar-tukar tempat bersantai antara kedua pulau dengan teksi air. Aktiviti popular di sini termasuk meredah hutan, melawat program pemeliharaan penyu, berkemah, berkayak dan menyelam.

#3 Pulau Pinang

Ia merupakan bandar pelancongan yang pesat membangun tetapi masih mengekalkan bangunan lama. Tarikan disini termasuk Muzium Perang, Masjid Kapitan Keling, Tokong Ular, Fort Cornwallis, Pasar Chowrasta, Street Art, Pantai Batu Ferenggi, Padang Kota Lama dan Rumah P. Ramlee. Namun, aktiviti paling menarik adalah bersantai di tengah Bandar Georgetown sambil menikmati makanan yang pelbagai dan suasana persekitaran yang berbeza, seolah-olah berada dalam ruang masa yang lain. Singgahlah di Restoran Line Clear yang sangat popular apabila berada di sana.

#4 Sabah

Terlalu banyak tempat menarik di Sabah, namun Kota Kinabalu sendiri sudah cukup tarikan dan aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya Taman Marin Tunku Abdul Rahman untuk aktiviti pantai serta menyelam dan Taman Kinabalu yang menempatkan kolam air panas dan canopy walk, pelbagai spesis flora dan fauna yang pelik lagi menarik dan sayur-sayuran serta buah-buahan sergar dari ladang. Singgahlah di Pasar Filipina untuk pelbagai hasil laut, sama ada yang kering atau yang dimasak.

#5 Cameron Highland

Bagi mereka yang gemarkan kehijauan dan hasil ladang segar, pilihlah percutian tanah tinggi Cameron Highlands. Tenangkan fikiran dengan keindahan ladang teh sambil menikmati teh pelbagai perisa. Tarikan lain termasuk ladang sayur-sayuran dan strawberi, ladang bunga, ladang lebah, muzium serta pasar sayur-sayuran dan buah-buahan segar di Kea Farm atau sepanjang jalan utama dari Ringlet ke Kampung Raja. Kunjungi juga pasar malam Sabtu di Brinchang yang menjadi pusat jualan semua hasil ladang sambil menikmati makanan tempatan. Untuk aktiviti lasak, anda boleh meredah hutan, mendaki gunung dan juga berkemah.

#6 Kuala Lumpur dan Putrajaya

Banyak tempat yang boleh dilawati di Bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya. Antara lain Petrosains, Aquaria, Taman Tema Cosmo, KL Tower, Pusat Sains Nasional, Taman Burung, Taman Tasik, Planetarium dan Muzium TUDM di Kuala Lumpur. Lanskap bandaraya Putrajaya pula cukup mengagumkan ditambah dengan tarikan seperti Taman Wetland, Tasik Putrajaya berserta pelayaran, Taman Warisan Pertanian, Taman Equestrian, Challenge Park dan pusat membeli belah Alamanda

#7 Melaka

Bandaraya Melaka bandaraya bersejarah tak begitu besar. Korang boleh mengambil masa selama 3 hari sahaja untuk pusing-pusing seluruh melaka. Untuk Senarai penuh Tempat Menarik di Melaka ke LINK ini.

#8 Pulau Redang

Pulau Redang satu legi destinasi yang menarik untuk percutian keluarga. Terletak di Terengganu dan memang sesuai untuk percutian. Deretan Resort yang berada di sebuah pulau menyebabkan pulau redang begitu heppening dan menyeronokkan.

#9 Pantai Morib, Banting Selangor

Pantai Morib menjadi tumpuan kerana anda berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam di sini. Sebab itulah Goldcoast Sepang dibangunkan di Sepang, semata-mata untuk menikmati keindahan dan suasana matahari terbenam

#10 Port Dickson, Negeri Sembilan

Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.

Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya berehat.

Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.

The post 10 Tempat Percutian Menarik Sekeluarga di Malaysia appeared first on Faizal Fredley.

Pulau Pangkor Pulau ke-9 Paling Popular 2014

$
0
0

Pulau Pangkor dipilih sebagai pulau ke-9 paling popular di kalangan orang-orang kaya 2014. Hebatkan. Jadi bagi orang malaysia tak payahlah nak sibuk-sibuk bercuti di luar negara sangat. membazir jer. Tapi kalau mampu apa salahnya.

Aku pun terkejut masa tengok senarai ni. tak sangka pulak pulau pangkor boleh berada di tangga ke – 9. Kalau sebelum ni Pulau Perhentian,  Pulau Tioman dan Tanjung Rhu tersenarai di dalam top 50 Pantai terbaik di dunia.

Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:-

  1. Kota Belanda
  2. Batu bersurat
  3. Pantai Puteri Dewi
  4. Pantai Pasir Bogak
  5. Teluk Nipah

Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing.

Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.

pulau-pangkor-54188
Gambar dari Google Image

Senarai Top 10 Pulau Paling Popular 2014 bagi orang-orang kaya:

1. Hawaiian Islands – USA
2. Martha’s Vineyard – USA
3. Tasmania – Australia
4. Balearic Islands – Spain
5. Ionian Islands – Greece
6. Whitsunday Islands – Australia
7. Sardinia – Italy
8. Islay – Scotland
9. Pangkor – Malaysia
10. Koh Samui – Thailand

Di Malaysia juga Pulau Pangkor merupakan Top 5 Destinasi Percutian Pulau Popular.

sc- The Candy GPS Report

The post Pulau Pangkor Pulau ke-9 Paling Popular 2014 appeared first on Faizal Fredley.

Tersadai di Pulau Langkawi

$
0
0

Tersadai di Pulau Langkawi | Bagi sesetengah orang pulau langkawi penuh dengan keseronokan. Tetapi bagi aku pulau langkawi dah jadi satu tempat yang biasa. Dah berapa kali aku datang ke sini pun aku tak pasti dah. Hampir kesemua tempat aku dah jejak di pulau lagenda ni.

Ada sesetengah tempat tu sampai bosan dah nak pergi terutama island hopping dan juga cable car. Tapi kalau air terjun telaga tujuh tu inshaAllah tak kan boring. Serius rindu giler nak gi situ lagi. Air jernih dah sejuk..Segar rasa tubuh,

Hari ni aku tersadai di pulau langkawi lagi atas urusan kerja. Serius rasa tak ohsem lansung. Nak beli cokelat pun tak sempat. Tapi petang tadi sempat juga aku berhenti layan sunset kejap di Black Sand Beach.

Esok dah balik penang. Bye bye langkawi.

IMG_2423

IMG_2431

The post Tersadai di Pulau Langkawi appeared first on Faizal Fredley.

7 Tips Persediaan Bercuti Ke Maldives

$
0
0

6bb76060604dd5fffe7bd996c40f87af_large

7 Tips Persediaan Bercuti Ke Maldives | InshaAllah jika diizinkan Nya cuti raya cina 2015 aku akan habiskan cuti aku di pulau yang awesome iaitu pulau maldives. Percutiaan yang mengambil masa 4 hari 3 malam ini telah di rancang dipenghujung tahun 2014. Semoga ianya dipermudahkan.

Ini merupakan kali pertama aku akan fly dengan lebih jauh, lebih tinggi dan lebih mencabar seumur hidup aku.

Untuk ke Maldives memang merupakan impian aku yang bakal jadi kenyataan. Dari dulu lagi teringin jer nak ke Maldives tapi memandangkan ekonomi negara dan diri sendiri tak begitu stabil terpaksa lupakan sahaja.

Namun kini setelah bergelar travel blogger barulah aku dapat peluang untuk merealisasi kan impian aku.

Maldives, nama rasminya Republik Maldives, adalah sebuah negara pulau mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak diLautan Hindi, di selatan pulau Lakshadweep, India. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau (435 batu) ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil.

Screen Shot 2015-01-19 at 1.48.26 PM

 PERSEDIAAN BERCUTI KE MALDIVES

Ok ni antara sedikit persediaan yang aku google bagi persedian bercuti ke Maldives nanti.

#1. Tempahan Hotel. Tempahan hotel boleh di buat melalui Booking.com. Bagi yang bajet rendah korang boleh stay di hulhumale. Kalau yang jenis anak2 dato tu boleh stay kat private island. Cuma perbezaan dia dari segi suasana dan juga permandangan. Kalau hotel dekat private island ni biasanya harga RM500++. Kalau di hulhumale dengan harga RM200++ dah boleh dpt dah.

#2. Perbezaan masa di Maldives dan Malaysia adalah di Maldives lewat 3 jam dari Malaysia.

#3. Mata wang yang digunakan di Maldives (MVR). RM1 lebih jika ditukarkan kepada MVR lebih kurang MVR4.80. tapi mostly kat sini pakai USD. Jadi aku sarankan tukar ke RM kepada USD. Lagipun kat Malaysia ni susah nak cari money changer utk tukat Matawang MVR.

#4. Wajib cuba Snorkeling dan Island Hoping. Yang ni dah ada dlm planning aku nanti.

#5. Bawa bekal dari Malaysia kalau nak jimat. Maybe boleh bawak maggi atau pun roti banyak-banyak. tak pun bawak jer rice cooker. Heheh.

#6. Cuaca lebih kurang kat Malaysia jer. Dari segi pakaian tak payah risau cuma mungkin boleh bawak sunblock. Sebab pulau ni biasnya boleh membuat kulit jadi sunburn.

#7. Boleh contact hotel yang kita dah booking awal-awal untuk pihak hotel arrange kan teksi utk pick up kita dari airport. (At least 3 hari sebelum fly)

Erm setakat ni itu je yang sempat aku buat persediaan. rasanya dah cukup kot. Maybe kalau rakan-rakan yg pernah ke sana boleh tambah jika ada yang aku terlepas pandang ker….

The post 7 Tips Persediaan Bercuti Ke Maldives appeared first on Faizal Fredley.

Viewing all 26 articles
Browse latest View live