Bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu | Sempena cuti merdeka 2015 pulau perhentian terengganu menjadi destinasi percutian hujung minggu bersama rakan-rakan universiti kali ini.
Percutian yang mengambil masa hanya 3 hari 2 malam kali ini memang agak berbeza menadangkan percutian aku kali ini agak bajet sikit. So everything memang kena bajet lah. So untuk entry kali ini memang sesuai untuk korang yang low bajet untuk ke pulau perhentian.
Tidak bermakna dengan low bajet ni korang kena low enjoy jugak. Kadang-kadang kita akan lebih enjoy dengan bajet yang rendah berbanding bajet yang tinggi.
Kampung Nelayan Pulau Perhentian
Memandangkan kali ini aku pergi dengan group tahap enjoy aku ni memang agak tinggi jugak. Macam-macam aktiviti yang sempat kami buat.
Sakarang ni sementara masih lagi fresh ingatan aku untuk setiap bajet yang aku guna di perhentian lebih elok aku kongsi terus dengan dalam blog ni.
Jam 6.30 pagi (Long Beach Perhentian Kecil)
Bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu
RM300
Chalet
Feri (pergi balik)
Breakfast 2x
Lunch 2x
Dinner 2x
Pakej Snorkeling
RM15
Sewa Jeket dan alat snorkeling utk last day. Kot2 korang nak snorkeling kat perhentian kecil
RM20
Beli jajan wak makan tepi pantai
RM30
beli hadiah utk sesi tukar2 hadiah
Ok tu je lah bajet aku ke pulau perhentian (perhentian kecil) kali ni. Jauh lebih murah berbanding last time aku pergi di Perhentian besar sebelum ni.
Ok dah setel part bajet aku kongsi kan sedikit gambar2 kami bersuka ria di Pulau Perhentian.
Ok sebelum tu aku nak kongsikan sedikit perbezaan di antara perhentian besar dengan perhentian kecil.
Perhentian Kecil
Perhentian Besar
Sesuai untuk bersantai dan family.
Lebih tenang dan releks.
Pantai lebih landai sesuai untuk kanak2
Perhentian Kecil
More kepada party dan untuk orang-orang muda.
Ada banyak pub (Long beach)
Pantai cantik
Macam kat oversea. Ptg2 ramai mat saleh/minah saleh duk berjemur tepi pantai
Ada kincir angin. Lebih kurang 20 minit berjalan. Nice View
Chalet, Resort dan Hotel
Perhentian Island Resort (Perhentian Besar) RECOMMENDED FOR HIGH BUDGET
Coral View Island (Perhentian Besar)
Tuna Bay (Perhentian Besar)
Bubu Villa (Perhentian Kecil)
Bubu Long Beach (Perhentian Kecil)
Fatimah Chalet (Perhentian Kecil) HIGHLY NOT RECOMMENDED
Amelia Chalet (Perhentian Kecil) RECOMMENDED FOR LOW BUDGET
Sharila Resort (Perhentian Kecil)
Ok proceed dengan gambar2.
Pulau PerhentianLong BeachLong BeachLong BeachView from Kincir Angin
Kincir Angin[/caption
Untuk tempahan Hotel dan Resort korang boleh tempah melalui hotelscombined untuk bandingkan setiap harga hotel. Boleh jimat dan dapatkan hotel terbaik dengan harga yg terendah.
PAKEJ EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING OLEH OH JALAN. Last week aku dapat invitation dari Oh Jalan untuk trip ke Kepulauan Mersing yang terletak di Johor. Memandangkan aku belum pernah lagi jejakkan kaki di pulau pulau kat Johor jadi trip kali ini aku memang excited lebih.
Maklumlah tak pernah pergi kan. Lagipun aku dengar cerita pulau2 kat Johor ni cantik-cantik, setanding dengan pulau dekat Terengganu. Airnya yang jernih dan kebanyakkan pulau-pulau di Johor ni belum lagi di komersial kan (selain Pulau Tioman).
Dengan itu Oh Jalan mengambil inisiatif dengan menjemput 10 blogger travel untuk turut serta menjelajah pulau pulau sekitar Mersing ini.
Rawa Island
Antara pulau-pulau yang sempat kami singgah adalah Pulau Gual, Pulau Hujung, Pulau Harimau, Pulau Besar dan Pulau Tengah.
Memang tak kan menyesal kalau siapa yang pergi ke pulau pulau ni sebab pulau pulau kat sini memang belum tercemar oleh kerakusan manusia. Kira masih dara lagi lah ni.
Perjalanan yang mengambil masa 4 jam dari Kuala Lumpur ke Mersing Johor ni memang happening dengan blogger2 yang sangat hyperactive.
Kami bertolak jam 12 tgh malam dari TBS menaiki Kereta jenis Hyundai Starex tajaan dari KLEZCAR (HQ) dan tiba di Mersing lebih kurang jam 5 pagi. Bayangkan 12 orang ada dalam kereta ni memang heppening dan macam tak percaya juga kereta ni boleh muat ramai penumpang.
Seterusnya kami bertolak ke Pulau pulau mersing melalu jeti Mersing. Dan menikmati keindahan ciptaan Allah yang masih lagi terjaga.
PULAU-PULAU YANG DILAWATI:
Pulau harimau
Pulau Harimau – Tompokan seperti lumut atau bukit lalang dan gua paras laut pada pulau ini yang menjadikan ia satu pulau yang unik dan cantik. (hanya bergambar dari atas bot)
Pulau Gual
Pulau Gual
Pulau Gual – Terdapat pintu gua di hadapan yang menembusi di belakang. Di dalam gua ini terdapat pasir putih yang sangat cantik. (hanya bergambar dari atas bot)
Pulau Mensirip – Mempunyai gua dan pulau yang berbatu. (hanya bergambar dari atas bot)
Pulau Hujung
Pulau Hujung
Pulau Hujung
Pulau Hujung
Pulau Hujung – Pulau yang sesuai untuk snorkeling kerana kecantikan coral dan kejernihan airnya. Terdapat juga pantai terbiar di Pulau Hujung yang boleh dijadikan tempat bersantai selepas penat ber’snorkeling’. Walaupun terbiar namun kejernihan, kehalusan pasir pantai dan keindahannya terpelihara. Terdapat beberapa rumah kayu usang yang telah lama ditinggalkan dan dijadikan sebagai pitstop pengunjung apabila ke sini.
Pulau Tengah
Pulau Tengah
Pulau Tengah
Pulau Tengah
Pulau Tengah – Juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk snorkeling. Selepas ber’snorkeling’, singgah di salah satu pantai terbiar di Pulau Tengah. Di sini tidak mempunyai pasir yang halus seperti Pulau Hujung, sebaliknya hanya berbatu-batu halus dan tajam. Namun bentuk geografinya yang unik menjadi satu tarikan kepada ‘photo traveller’.
Pulau Besar
Pulau Besar
Pulau Besar
Pulau Besar
Pulau Besar – Merupakan tempat snorkeling yang paling best dan menarik. Terdapat beberapa resort untuk diduduki, juga perkampungan penduduk yang boleh diterokai. Persekitaran Pulau Besar lebih terjaga dan lebih menarik kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pemilik-pemilik resort di sini.
Selesai menjelajah di 5 pulau pulau yang ada di mersing ni kami pulang ke bandar Mersing sekitar jam 5 petang. Kepulangan kami membawa sejuta memori yang ingin di kongsikan bersama pembaca blog masing masing.
Bagi sesiapa yang inginkan percutian di pulau pulau Mersing boleh lah contact Oh Jalan kerana Oh Jalan menawarkan pakej pakej yang menarik untuk ke pulau pulau ini dengan harga yang begitu menawan sekali.
Snorkeling pun best kat sini
PAKEJ EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING OLEH OH JALAN:
Pulau Harimau, Mensirip, Gual, Hujung, Tengah, & Besar. Moh sertai kami pada tarikh-tarikh eksklusif berjadual di bawah, khas oleh Oh Jalan; (saguhati istimewa menanti anda pada tarikh-tarikh ini).
6 Aug
27 Aug
3 Sept
24 Sept
8 Oct
22 Oct
5 Nov
26 Nov
ATAU
Tarikh pilihan anda sendiri jika ‘group’ anda bersaiz antara 8-11 orang. Tempah percutian anda sekarang hingga 5 Ogos 2016 untuk Harga Promosi Istimewa!!
Pakej A [Day Trip]
RM188 RM168 / dewasa
RM138 RM118 / kanak-kanak (3-12 tahun)
Pakej termasuk:
Travel coordinator dari Oh Jalan
1 hari trip ‘island-hopping’ ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
Bot ‘chartered’ khas
1 sarapan pagi
1 makan tengahari
Set snorkeling
Pakej B [2H1M]
RM248 RM228 / dewasa
RM178 RM158 / kanak-kanak (3-12 tahun)
Pakej termasuk:
Travel coordinator dari Oh Jalan
1 hari trip ‘island-hopping’ ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
KLEZCAR serupakan syarikat sewa kereta yang mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Harga sewaan yang ditawarkan adalah dengan harga yang murah dan berbaloi dengan wang ringgit, terutama untuk sewaan kereta sekitar Kuala Lumpur. Jika anda seorang yang rigid dengan bajet, maka pilihan KLEZCAR bolehlah menjadi satu keutamaan bagi anda. Ada pilihan pelbagai, dari sekecil Viva sehinggalah ke kereta mewah seperti Vellfire.
Hotel Bluewater, Mersing merupakan antara hotel yang menawarkan harga sewaan mampu milik. Rekaan dalamannya yang moden namun simple sangat sesuai untuk mereka yang mencari hotel bajet namun selesa untuk dijadikan sebagai tempat penginapan sementara apabila berkunjung ke Mersing. Terdapat pelbagai jenis bilik untuk dipilih antaranya; bilik berdua, bertiga dan berempat. Kedudukan hotel ini yang berada di pusat bandar Mersing menjadikan ia hotel pilihan ramai kerana terdapat pelbagai kemudahan yang berhampiran dengan hotel, antaranya; kedai makan, bank, kedai runcit, kedai dobi dan lain-lain lagi.
HOTEL BLUEWATER, MERSING
38, Tingkat 1 & 2, Jalan Jeti,
Bandar Tepian Sungai,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 07-799 5535
Emel: hotel_bluewater@yahoo.com.my
Penaja makanan – Restoran Tepian Bendang, Air Papan.
Restoran Tepian Bendang terletak di tepi jalan utama menuju ke Air Papan. Dibuka dari pukul11 pagi sehingga 11 malam. Antara menu yang istimewa di sini adalah Asam Pedas & Kari Kepala Ikan (makan tengahari) dan Mee Bandung (makan malam). Rasanya tidak lengkap sekiranya ke sini tetapi tidak mencuba menu istimewa mereka. Lokasinya yang dikelilingi sawah padi menjadikan ia satu tarikan pengunjung yang gemarkan suasana santai dan damai. Harga yang murah dan berbaloi juga menjadikan restoran ini menerima pengunjung yang tidak putus setiap hari.
RESTORAN TEPIAN BENDANG, AIR PAPAN
Jalan Kampung Air Papan,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 019-773 6655 / 019-729 0001
Waktu operasi: 11 pagi – 11 malam
Penaja pakaian – Print D Tee Studio
Print D Tee Studio merupakan syarikat percetakan baju yang berpusat di Kemaman, Terengganu dan telah beroperasi sejak tahun 2013. Terdapat pelbagai jenis cetakan yang ditawarkan, antaranya; cetakan silkscreen, heatpress, direct to garment (DTG), sulaman dan custom-made. Harga yang ditawarkan juga adalah mampu milik.
Itinerary Dan Bajet Percutian di Mauritius 6 Hari 5 Malam. Selesai kembara backpacking selama 38 hari di Eropah journey aku bersambung di Mauritius. 3 hari aku balik malaysia sebelum fly lagi ke benua africa. Penat? memang penat gila. Serius jet leg masa kat eropah pun masih belum hilang lagi tapi nak buat macam mana tiket flight dan perancangan telah di buat sebelum aku plan ke eropah lagi. hehhe
Kalaulah tak der trip ni mungkin aku akan sambung lagi untuk kembara eropah tapi dah di tetapkan aku balik Malaysia 3 hari then sambung balik.
Mauritius merupakan sebulan kepualauan kecil di benua Afrika. Sebelah Mauritius terletaknya Pulau Reunion dan Madagascar. kalau korang ikuti perkembangan cerita MH370 mesti korang pernah dengar Pualu Reunion kan? Entah macam mana dari KL ke China MH370 boleh ada kat Pulau Reunion. tak masuk akal. Nak buat cerita pun agak agak lah… Eh lari ke politik lak. Ok sambung…
Penduduk Mauritius terdiri kepada Negro, Indian dan Chinese. Macam Malaysia kan. heheh. Tapi Majority adalah Indian. So tak hairan kalau korang ke Mauritius korang akan rasa ke India. Bahasa utama diorang dalah Perancis dan English. Orang Indian kat sana cakap english tak berbelit macam orang indian di Malaysia ataupun India ya. Agama pula dah tentu Hindu tapi agama Islam pun boleh tahan juga kat sana. So kalau korang risau makanan halal kat sana usah risau. Sangat sangat mudah nak cari kedai halal.
Catamaran Cruise
Aku kat sana selama 6 hari 5 malam. Cukup cukup untuk terokai keseluruhan Mauritius. Sebab Mauritius tak lah besar mana pun. tapi kalau nak puas hati atau santai santai korang boleh buat 2 minggu. Depends kepada bajet dan kemahuan korang.
Bagi yang sukakan laut yg biru dan bukit yang cantik, Mauritius sangat sesuai. Air laut yang jernih gila memang buat korang rasa nak tidur dalam air jer. Kejernihan air dia boleh dibandingkan dengan Maldives. Sesuailah kalau nak honeymoon gitu.
Cuaca pula boleh jangkakan kan? Haah biaslah benua Afrika then di pulau pulak. So prepared lah Lotion bagi elakkan kulit korang takut terlebih sinaran matahari nanti. Boleh guna Lotion Cosmoderm Travel Set.
Dari KL aku book Air Asia. Harga dia RM700++ retured. Aku beli masa promosi bulan oktober 2016 lagi. Masa tu Air asia baru jer buka laluan dari KLIA2 ke Mauritius. So apa lagi grab je lah sebab tau dah harga ke Mauritius kalau bukan promo boleh tahan mahal.
Port Louis
Sumpah aku cakap Mauritius tersangat cantik. Penduduk dia pulak memang sangat sangat helping lah. So kalau nak mintak tolong dengan diorng tu silalah. InshaAllah diorang akan tolong.
Sepanjang kat sana aku tak stay di satu tempat sebab aku plan nak keliling Mauritius. Dan kebanyakkan tempat tinggal aku book melalui Airbnb jer. Murah dan selasa. Sesuai untuk group. Kalau book hotel mahal lagipun hotel bajet pulak tu.
Overall bajet aku sepanjang 6 hari kat sana hanya RM1500 sahaja. Ni aku kongsi Itinerary Dan Bajet Percutian di Mauritius 6H5M Hanya RM1500. tak de lah lengkap sangat tapi kalau nak buat rujukan tu boleh lah.
Catamaran Cruise
6 DAYS IN MAURITIUS
DAY1
Sampi Airport 12 tgh hari
Ambil kereta sewa kat airport Rp6150 (6days)
Terus ke Gris Gris Beach
Lunch (Gris Gris Beach)
St Felix Beach
Le Morne Brabant
Stay di Ropsen Apartment (La Gaulatte) Suitable for big family (Rp2200)
Ok Bajet ni aku pergi 3pax so murah sikit lah. kat eropah aku gi sornag jer.
Le Morne Brabant
TIP PERCUTIAN DI MAURITIUS
Cuaca = 27 – 32 degree
Language = English + France
Currency = Mauritius Rupee, Euro pun di terima kat sana
Transport = Better sewa kereta (bas ada tapi kurang selesa)
Drive sama macam malaysia
Boleh guna lesen driving Malaysia
Makanan halal banyak kat sana
Nak bajet boleh sewa homestay melalui Airbnb
Cuaca panas so sediakan Lotion
Majoroty penduduk Maurtius tersangat peramah dan baik
Majority penduduk Mauritius adalah Indian
Ok dah malas nak cerita panjang2 lagi korang layan dulu semua gambar gambar ni ya. Warning!! Picture sangat banyak dan ada 18sx!!!
Gris Gris BeachSt Felix BeachLe Morne BrabantBlack RiverApartment (La Gaulatte). Muat untuk satu family. Ada satu bilik dan kat ruang tamu ada katil. Kat atas pun ada katil utk budak2Apartment (La Gaulatte)View from Apartment (La Gaulatte)View from Chamarel Black RiverChamarel Black RiverChamarel Black RiverChamarel Black River7 Colours Earth. Kat sini ada 7 jenis warna tanah terhasil secara semulajadi. Warna-warna yang berkembang melalui penukaran lava basalt dengan mineral tanah liat. Ia merupakan kawasan yang agak kecil dan bukit pasir yang terdiri daripada pasir tujuh warna yang berbeza merah, coklat, ungu, hijau, biru, ungu dan kuning).7 Colours Earth. Kura-kura besar pun adaTamarin BeachPort LouisCaudan waterfrontCaudan waterfrontCaudan waterfront. Orang kata dulu diorang pakai payung warna warniFort AdelaideGrand BaieGrand BaieGrand BaieJeti sebelum ke Ile aux CerfsCatamaran Cruise Ile aux CerfsCatamaran Cruise Ile aux CerfsCatamaran Cruise Ile aux CerfsCatamaran Cruise Ile aux Cerfs. BBQ atas cruise. Macam cerita2 orang kaya. HehheCatamaran Cruise Ile aux CerfsLandak Laut. Orang kata mahal benda ni. Dan tak tahu pulak boleh makan. Rasa dia x pasti sebab macam geli pulak aku nak makanCatamaran Cruise Ile aux Cerfs. Naik bot kecik untuk ke air terjunCatamaran Cruise Ile aux CerfsAir terjun Ile aux CerfsCatamaran Cruise Ile aux CerfsLunch atas Catamaran Cruise.Bersantai. Pergh best gila. Air jernih. Angin pulak sepoi sepoi.Catamaran Cruise Ile aux CerfsSambut birthday girl di Ile aux CerfsIle aux Cerfs. Jangan kata macam PCB pulak!!!Ile aux CerfsIle aux CerfsIle aux CerfsIle aux CerfsIle aux Cerfs
Till Then! Bye…..Sumpah seronok gila kat Mauritius cantik sangat. Murah pun murah. Cuma panas lah sikit. Gi 7 hari je kulit burn macam beach boy dah. Baru je putih lepas balik dari europe.
Infinity Pool Resort World Langkawi Tarikan Terbaru di Pulau Langkawi | Pulau Langkawi bukanlah destinasi asing bagi aku. Sepanjang 6 tahun hidup di Perlis, Pulau Langkawi bagaikan destinasi hujung minggu. Lagipun jarak dari Kuala Perlis ke Langkawi hanya mengambil masa 30 minit sahaja.
Tapi itu kisah lama, kali terakhir aku jejakkan kaki di Pulau Langkawi pada tahun 2014 selepas habis konvo di Universiti Malaysia Perlis. Lepas tu memang hilang dari ingatan.
Minggu lepas aku berpeluang untuk menyertai FAM trip ke Langkawi yang di bawakan khas oleh Resort World Langkawi selama 3 hari 2 malam. Tak banyak berubah di Langkawi masih indah seperti dulu. Panas pun tetap sama. Hitam legam weh.
Cruise catching sunset!
Kali ini aku menginap di Resort World Langkawi. Dulu pernah aku stay kat sini pada tahun 2010 kalau tak silap. Masa tu resort ini masih di kenali sebagai Awana Porto Malai. Setelah beberapa tahun resort ini masih utuh seperti dulu. Cuma penjenamaan semula menjadi Resort World Langkawi. Selepas di tukar nama sudah tentu bilik juga di naiktaraf. Hampir kesemua bilik di renovate selaras dengan kehendak pelanggan. Yang pasti bilik lebih hipster dan selesa. Nampak macam hotel baru jer. Paling best view masih lagi stunning macam dulu. Aku dapat bilik yang menghadap laut. Pagi2 boleh tengok sunrise. Sumpah cantik gila. Tapi kena bangun pagi lah. Aku yang susah bangun pagi pun gagahkan diri bangun jam 6 pagi sebab nak tengok sunrise.
Dengan adanya infinity pool dekat Resert World Langkawi ni sudah pasti ianya menjadi tarikan terbaru buat mereka yang nak bersantai di Pulau Langkawi.
Santai habis dekat Infinity Pool
View yang best terutama waktu petang dan pagi pastu buat korang rasa tenang jer lepak kat pool ni. Waktu petang boleh tengok bulan waktu pagi bolwh tengok sunrise. Gerenti tak menyesal lah kalau stay di sini.
Satu lagi aku suka bila stay di RWL ni sebab keadaan kat sini sangat tenang. Tak crowded macam tempat lain. Depan RWL juga boleh ambil pakej cruise sunset. Kat cruise ni ada BBQ sambil menyaksikan matahari terbenam di tengah-tengah lautan samudera. Cukup indah panorama matahari terbenam di tengah-tengah laut ni.
Jadi kalau korang masih lagi tercari-cari penginapan bila bertandang ke Langkawi Resort World Langkawi adalah salah satu hotel terbaik yang korang boleh stay di sini.
Sunset di tengah tengah lautNi bilik aku! Hadap laut
RWL menawarkan 6 jenis bilik iaitu jenis Standard, Premier, Standard Sea View, Premier Sea View, Suite dan juga Signature Suite. Kalau duit korang taraf-taraf Dato Aloff Syukri boleh pilih Signature Suite.
Kalau biasa-biasa bilik jenis Standard Sea View pun dah best dah.
Signature SuiteGarden ViewDeluxe Garden ViewSignature SuiteSignature SuiteDeluxe Sea ViewPremier Sea ViewBest jugak lepak kat bilik petang2
Infinity PoolRasa macam tak nak naik jerBoleh tengok kapal lalu lalang jugak
Bersantai atas Cruise sementara tunggu BBQCruiseBBQ time
Bercuti Ke Pulau Kapas Pulau “underrated” Di Terengganu | Banyak-banyak pulau di Terengganu, Pulau Kapas antara pulau yang agak “biasa” bagi sesetengah orang. Mungkin di sebabkan nama Pulau Perhentian dan Pulau Redang begitu gah membuatkan Pulau Kapas tidak menjadi pilihan.
Itu antara pendapat peribadi aku. Sebelum ni aku sendiri pun lebih memilih untuk ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Namun, kali ini aku berpeluang untuk ke Pulau Kapas sendiri. Kata orang Pulau Kapas ni antara tempat pelancong asing berjemur. Betul ker?
Hehe.
3 hari 2 malam aku stay di Kapas Coral Resort. Overall not bad. Laut di Terengganu tak pernah mengecewakan. Laut biru dan jernih. Memang best nak mandi pantai.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeti Marang mengambil masa lebih kurang 5 jam melalui LPT. Driver kami hari tu adalah Aryl. Naik Toyota Hi Ace. Boleh muat 10 orang termasuk driver. Kali ni aku ke Pulau Kapas seramai 12 orang. Semunya rakan blogger. Kira ni trip blogger lah. Nasib baik semua blogger yang join dah kenal. Jadi tak der lah awkward sangat kat sana. Semua enjoy je sebab masing-masing dah tahu perangai.
*trivia
Nama Pulau Kapas di beri kerana pasir-pasir di pulau ini berwarna putia seakan kapas. Pulau yang cantik dan dasar laut yang jernih membuatkan pulau ini popular dalam kalangan masayarat tempatan.
Kalau nak datang ke Pulau Kapas korang kena turun di Jeti Marang, tak sama dengan Pulau Redang dan Perhentian dimana jetinya terletak di Besut. Jeti marang terletak lebih kurang 18KM dari bandar Kuala Terengganu.
Kami bertolak dari KL ke Marang jam 12 tgh malam. Saja je nak gerak malam sebab nak kejar bot ke pulau kapas jam 10 pagi. Kami tiba di Marang dalam jam 6 pagi macam tu, Singgah sebentar dekat Masjid area situ untuk solat subuh dan mandi sekejap. Kasi segar sikit.
Dah sampai awal kami ambil keputusan untuk breakfast di kedai yang popular dekat sini iaitu Nasi Dagang Atas Tol. Kedai ni agak popular sampai kami kena beratur panjang kot. Menu utama semestinya Nasi Dagang dan Teh Tarik Buih. Yang ni korang kena try bila datang ke Terengganu. Harga pun masih lagi murah jika nak banding breakfast di KL.
Dah selesai breakfast kami terus ke jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Dari jeti ke Pulau Kapas mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.
Alhamdulillah laut tenang. Tak seperti waktu nak balik dimana laut agak bergelora. Sampai satu masa aku rasa macam bot nak terbalik. Tapi semuanya selamat. Pemandu bot berpengalaman.
Some tips aku boleh bagi kalau naik bot dan laut bergelora jangan bergerak. Just stay calm dan duduk diam. Kalau korang bergerak boleh membuatkan bot terbalik.
Dah sampai Pulau Kapas aku terus lunch di Kapas Coral Resort sementara tunggu nak check in dalam bilik. Pakej yang kami ambil ini termasuk lunch dan dinner ya.
So 3 hari 2 malam aku kat Kapal Coral Resort banyak juga aktiviti yang kami buat. Antaranya:
Main Bola Tampar
Berkayak
Island Hopping
Snorkeling
Jungle Tracking (Pulau Singa)
Layan Sunset
Lepak tepi laut sambil layan Live Band
Haaa jangn pelik kat Kapas Coral Resort ni ada Live Band tau. Malam-malam tu tak boring sangat. Lepak tepi laut sambil layan Live band baru rare. Live Band ni ada kat Resort ni jer. Kat lain tak leh dapat. Tapi bukan setiap hari lah ada. Biasnyanya akan ada pada hujung minggu dan depends on customer yang menginap kat resort ini.
Itinerary 3 Hari 2 Malam di Pulau Kapas
Gerak dari kl before subuh
Sampai bandar kt awal pagi pegi shopping pasar payang
Naik bot ke pulau kapas by tgh hari. light activities sampai malam.
Next day pagi hiking, ptg snorkelling, round island..
Last day checkout balik jeti marang. Lunch kat rex nasi padang, singgah losong shopping kropok. by 4 dh on the road balik kl. before isya dh sampai kl balik.
Ringkas je iti kami. Cukuplah 3 hari 2 malam. Nak pulun sangat kang hari isnin kena masuk kerja balik. Kang membuta je kat office.
Setelah 3 hari di Pulau Kapas…
Ok dah 3 hari kat sana aku simpulkan kualiti air kat sini setaraf dengan Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Cuma kat sini lebih tenang aku rasa. Pantai pun bersih!
Tentang Kapas Coral Resort…
Ok overall aku puas hati stay kat sini. Bilik not bad but boleh di perbaiki lagi. Makanan sedap! Owh malam terakhir kami buat BBQ kat Resort ni. Dapat makan sotong fresh weh. Umppp….
Kalau nak tengok ikan Nemo boleh je berenang dari Pantai depan Resort tu sejauh 3 meter. Resort ni hanyalah satu-satunya live coral ada betul2 depan resort.
Kapas Coral pun baru upgrade renovate. Tempat bersih dan facilities baru. Owner En Iza super friendly
Aku bagi 4/5 star untuk Kapas Coral Resort!
Instagram and facebook @kapascoralbeachresort
Pakej 3 hari 2 malam dari Kapas Vacay..
Korang kalau jenis pemalas nak rancang sendiri macam aku korang boleh ambil pakej. Senang! Tak payah plan apa dah. Semua diorang plan kan. Silap-silap kalau pandai bodek owner dia boleh belanja BBQ lagi. hahaha
Kapas Vacay ni travel agent under Kapas Coral Resort yang aku stay tu. Very experience travel agent hokey. Owner pun cun. Eh…
Info Lanjut boleh check kat Instagram dan facebok diorang
Instagram @kapas.vacay
Facebook @kapas vacay
Ok itu jelah nak cerita. Dah lama x main laut hitam legam jugak lah dekat sebulan.
Owh lupa sebelum balik KL kami singgah isi perut dekat Rex Nasi Padang Sumatera. Boleh waze! Apa yang aku boleh katakan very highly recommended! Sedap dah lain dari yang lain. Aku suka Ayam salai dan Daging salai. Korang tak leh jumpa tempat lain dah. Kalau tak singgah kedai ni kalau datang Terengganu adalah satu kerugian.
Info lanjut
Instagram @rex_nasipadang
facebook @rex nasi padang sumatera
Sampai di sini sahaja cerita aku di Pulau Kapas. Jom ikuti next entry aku di Macao pula! Coming soon….
7 Hari 6 Malam di Kota Kinabalu Sabah | Kereta Sewa & Homestay Dari Zahra Rental. Rakyat Malaysia kalau dapat ke Sabah dah macam melancong dalam luar negara dah. Salah satu sebab adalah tiket flight ke Sabah yang lagi mahal dari ke Thailand atau Indonesia. Selain itu Sabah juga mempunyai pelbagai tempat menarik yang tiada di Semenanjung Malaysia terutama bagi mereka yang sukakan Pulau.
Tahun lepas, acap kali juga aku ke Sabah. Sama ada untuk tujuaan pelancongan mahupun peribadi adalah dekat 5-6 kali aku fly ke sana. Tapi itu pun masih banyak lagi tempat yang aku tak dapat cover sebab Sabah ni terlalu besar untuk cover dalam satu trip.
Di sebabkan itu, ramai juga yang email dan dm aku bertanyakan palej pelancongan di Sabah dan Kereta Sewa dekat Sabah. Mana nak dapat semua itu. Dengan kredibiliti agent pelancongan yang semakin hari semakin banyak kes menipu pelanggan, orang macam aku yang selalu travel ini sering mendapat pertanyaan macam mana nak travel ke setiap destinasi.
Jujur aku cakap aku memang jenis tak ambil pakej pelancongan dari mana-mana agent sebab kebiasaannya aku travel solo jer. Tak berbaloi untuk ambil pakej. Namun jika aku travel bersama keluarga aku akan ambil pakej untuk kurangkan pemikiran dan homework yang perlu aku buat. Jadi aku just booked Travel Agent. Senang!
Last trip di Sabah aku bawa keluarga aku yang besar. Dekat 15 orang juga, bayangkan macam mana nak plan trip ni memang susah. Actually bukan secara penuh lah aku ambil pakej, sebab aku sendiri pun boleh buat itinerary dan pekej sendiri, cuma masalah adalah rumah sewa dan kereta sewa jer. So untuk jimatkan kos aku just ambil kereta sewa dan rumah sewa je kat Kota Kinabalu. Lain-lain aku uruskan sendiri.
ZAHRA RENTAL & TOURS SDN BHD (Car Rental Kota Kinabalu)
Google punya google dan hasil riki dengan kawan-kawan kat sana, terjumplah Zahra Rental ni. Aku just booked melalui WhatApps jer senang, tak banyak kerenah dan lagi mudah. Selesai booking just pick up kereta dekat Airport jer. Flight aku delay 4 jam dari KLIA sampai Kota Kinabalu International Airport (KKIA) dalam jam 1 pagi. Nasib baik diorang ok sanggu tunggu aku sampai.
So dah sampai aku just pick up dan sign mana yang patut dan guna kereta macam biasa. Alhamdulillah semua OK dan kereta juga aku amat berpuas hati.
Selain Kereta Sewa, Zahra Rental juga menawarkan rumah sewa sekali. Dah kurang sikit beban aku kat sana.. Dah alang-alang ambil kereta sewa aku ambil Rumah Sewa sekali.
Owh selain tu Zahra Rental ni ada juga sediakan pakej travel di seluruh Sabah. Boleh tanya diorang untuk detail.
*Discount 5% and more for website booking. Share and like our page for more voucher discount * ? Axia auto (RM98/days)
For tour package & homestay please contact us at: +6016-4195917 / +6010-2111641
Jadi korang yang nak ke Sabah tu bolehlah tengok-tengok Zahra Rental ni. Boleh sewa pakej pelancongan, kereta sewa dan homestay sekali. Kereta selesa, owner pun peramah dan berbudi bahasa memang puas hati lah.